I made this widget at MyFlashFetish.com.

21 Februari 2011

The Best...

tekun menjawab soalan...hahhaa


soalan penentu masa depan..hahhaa


masa bg cenderahati..

jaja n encik zul

my gruoup n encik zul....






kawasan muzium ney cantik


hurmm hari ney 21 Feb 2011..group aku dh g muzium Terengganu untuk buat kajian..tak sangka aku staf-staf kat muzium tuu semuanya jenis sporting n gila2...memang best laa tadi..dengan kerenah staf yang asyik buat aku pecah perut gelakkan depa...tambah lak encik Zul..pehh,siap ley tiru gaya mamat dalam cita hantu mak limah pulang kerumah lg..hehehe..suka btol..yang penting depa semua tak sombong dan dengan mudahnya memberi kerjasama...respect gila laa..rasa macam nak pegi lagi jaa,,lepas habis buat kajian depa benarkan kami melawat kawasan muzium tuu..percuma kot..hahaha..law saja2 nak pergi melawat confirm kena duit kan..hahaa..bertuah btol...pengalaman paling best.......thanks to Staf in Muzium Negeri Terengganu....

01 Februari 2011

My OnLy LoVe

pic ney aku curi dalam ledtop dia..kah..kah..kah...WO DE AI...
Wan Amirul Amri..seindah nama..seindah cintanya....(ayat jiwang..geli aku)hahaha...buat masa ney dia adalah cinta hati aku...aku harap bukan untuk masa ney jaa,tapi untuk selamanya...sejak dia hadir dalam hidup aku dia selalu jaa bawa kebahgiaan n sedikit rasa sakit hati..hahaha..tapi rasa bahagia melebihi segalanya..setiap kali aku bersedih or tension,dia lah orang first yang cuba nak menghiburkan aku...dia cuba sedaya upaya untuk buat aku hepy...aku???time dia sedey aku pn tumpang sdey..bla aku dh tumpang sdey,aku pn dah x ley nak buat dia hepy coz aku sedey...hohoho..hmpeh jaa aku ney..hurmm..time aku ada problem,dia lak yang cbuk2 nak settle problem aku..bukan aku tak hargai..aku hargai sangat2..dan sedikit terharu dengan sikap prihatin dia...tapi aku sendiri rsa bersalah sebab dah menyusahkan dia...sepatutnya,tuu problem aku..so, aku kena settle sendiri laa kn...lepas ney aku tak mau libatkan dia dalam problem aku lagi..law aku tak cita mesti dy x taw kn..tapi boleh kaa aku sembunyikan masalah aku dari dia????tiap kali aku ada masalah dia mesti taw..aku pun xtw camna nak sembunyikan masalah aku dr dy...eee..geram tol laa ngn mamat ney..semua dia nak tw...tp aku takkan lupa tarikh 28/1/2011..pada tarikh ney laa dia sanggup bersusah payah dari Kemaman turun Kuala Terengganu semata-mata nak bagi ldtop dia kat aku then ambik ldtop aku untuk g repair..law dekat xpa..ney jauh kot...dah laa hujan lak tuu...dia tuu dah laa mudah jaa demam..pape pun aku dah terhutang budi ngn dia...camna aku nak balas balik????aku xdak apa nak bagi kat dia....huhuhu..xtw laa..tunggu aku keja nanti laa..wat masa ney aku hanya boley sayang dia sepenuh hati aku...     aku nak berada disamping dia...beri seluruh kepercayaan dan keikhlasan pada hubungan kami..tapi dengan syarat jangan musnahkan kepercayaan yang aku bagi tuu laa...jujurlah walaupun dalam perkara-perkara yang kecil...setia n ikhlas pada hubungan..JANGAN GATAI2 MENGORAT POMPUAN LAIN!!!!(ni pesanan yang aku selalu bagi kat dy..bukan apa..tak mau bagi dy lupa...hehehe)semua ni jaa yang aku minta and merayu sangat2 kat dia...

Bagaimana Untuk Memahami Suami Anda


Anda kata, anda tidak faham akan lelaki? Anda benar kerana lelaki sukar untuk di fahami oleh wanita seperti mana wanita sukar untuk di fahami oleh lelaki. Sebagai wanita, anda perlu fahami bahawa mereka hanya mempunyai perangai yang berbeza dari wanita. Sebagai seorang isteri, amat penting untuk anda cuba memahami hati suami tercinta anda agar segala perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Berikut saya kongsikan 5 cara bagaimana anda boleh memahami suami tercinta anda.

Pertama, jika anda hendak memahami suami anda, jangan terlalu syak wasangka pada dia. Kadangkala perasaan syak wasangka menutup hati kita untuk menilai perasaan sebenar seorang lelaki. Pernahkah anda bertanya pada suami soalan ini, ‘Apa yang abang fikirkan‘. Dan suami anda jawab kembali dengan jawapan.‘ Takde apa – apa‘.
Suami anda memang bercakap benar. Memang tiada apa – apa yang dia fikirkan. Lelaki tidak menyembunyikan rahsia tetapi mereka tidak mahu anda tahu rahsia mereka. Jika tiada kaitan dengan anda, mereka tidak akan cerita pada anda. Kurangkan syak wasangka, anda akan lebih memahami isi hati mereka.

Kedua, lelaki bersikap terus atau lurus. Jika anda mahu sesuatu dari mereka, anda perlu berterus terang. Jika tidak, mereka tidak tahu yang anda mahu sesuatu dari dia. Berbeza dengan wanita, lelaki suka berterus terang mengenai perasaan mereka.

Ketiga, jika dia di beritahu mengenai masalah, dia akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki adalah raja dan mereka rasa setiap masalah anda adalah tanggungjawab mereka. Jadi, jangan terlalu ringan mulut untuk menceritakan masalah anda pada suami anda. Lelaki apabila mendengar masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya.

Keempat, layan suami anda seperti kawan anda dalam masa yang sama juga sebagai teman hidup-semati anda. Kita akan berkawan dengan siapa sahaja yang kita suka. Kita terima seadanya kawan kita. Untuk memahami hati seorang lelaki, anda perlu layan mereka seperti kawan anda. Walaupun lelaki itu adalah suami anda, anda akan lebih rapat jika anda layan dia seperti seorang kawan.

Kelima, jangan dengar apa yang seorang lelaki kata tetapi lihat apa yang dia buat. Lelaki memang terkenal dengan perangai cakap tak serupa bikin. Jadi, untuk anda lebih mengenailnya, anda lihat apa yang di buatnya. Seorang lelaki boleh cakap sebanyak mungkin kata – kata cinta pada anda, tetapi untuk anda menilai cintanya, anda lihat apa yang dia lakukan untuk mencintai anda sebagai wanita.
Begitulah beberapa cara yang boleh anda cuba amalkan dalam kehidupan seharian anda untuk memahami hati suami tercinta anda.
MY Only Love Slideshow: MirWanies’s trip from Kedah, Malaysia to Kedah (near Kuala Nerang) was created by TripAdvisor. See another Kuala Nerang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.